Translate This Blog

Monday 10 December 2012

Karnival Sains dan Teknologi 2012


Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat mengadakan Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan pada 24 hingga 26 Disember 2012 (tarikh asal 22-24 November 2012) bertempat di Padang Perdana & Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, Jalan Mahmood, Kota Bharu.

Sebanyak 31 peserta yang mengambil bahagian dalam pameran ada kali ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Dr Muhamed Fadzli bin Dato' Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Maklumat.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Antanya :
1. Seminar perniagaan online
2. Kuiz ICT untuk orang awam dan kakitangan kerajaan
3. Mewarna ICt
4. Pertandingan Dikir Barat
5. Seminar Open Source
6. Radio Amatur bersama SKMM dan Kelab Radio AKRAB Kelantan
PC Fair 

dan banyak lagi.

MASUK ADALAH PERCUMA!













Tuesday 13 November 2012

Istana Terbuka Sempena Sambutan 100 Tahun MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sedang mengadakan Ekspo MAIK 2012 di Istana Negeri Kubang Kerian, Kelantan.
Ekspo ini bermula pada 01 November hingga 06 Disember 2012. Lebih kurang 36 hari istana negeri dibuka kepada umum.

Perasmian telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Mohammad V bersempena dengan sambutan 100 tahun penubuhan MAIK dengan tema "Seabad Mendaulatkan Islam".


Ekspo tersebut dijangkan menarik perhatian seramai 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri ini. Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga disediakan. Datanglah beramai-ramai ke Pameran Kegemilangan Islam.
Masuk adalah percuma.

Monday 5 November 2012

KELANTAN PHOTO CHALLENGE 2012


KELANTAN PHOTO CHALLENGE 2012, dengan tema ‘negeri cantik, budaya menarik‘. 

Jom sertainya tarikh penyerahan bermula 20 Okt hingga 30 Nov 2012. Tiada had penyertaan, Semua peserta boleh mengemukakan sebanyak mungkin foto, dengan syarat tertakluk kepada kategori berikut:-
Semua penyertaan gambar hendaklah di serah atau dihantar melalui email: photohunt@kelantan.gov.my atau photohuntkelantan@gmail.com bagi tempoh peraduan di buka. Peserta hendaklah memberikan maklumat sebagaimana berikut:

a) Nama Penuh
b) No. Kad Pengenalan atau No. Pasport (Bagi warganegara Asing)
c) No. Telefon & Alamat email
d) Tajuk Foto
e) Lokasi Foto Dirakam serta tarikh
f) Exit Data.
Syarat-Syarat penyertaan penuh, sila ke sini

Kalendar Tahun Melawat Kelantan 2012


 KALENDAR TAHUN MELAWAT KELANTAN 2012

ARIKH
ACARA TEMPAT

1 JAN

Sambutan Tahun Melawat Kelantan 2012
Pintu Masuk ke Kelantan
16 – 21 JAN
Sesi Kembara Tahun Melawat Kelantan 2012
Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, KL

25 – 28 JAN

Kelantan Ride 2012
Kelantan, Perak, Kedah, P.Pinang

4 FEB

Pertandingan Ayam Serama Kebangsaan
Pasar Minggu Kraf dan Flora, Pengkalan Chepa

2 & 3 MAC

Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012
Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

9 MAC


Pesta JoranTumpat

Pantai Geting, Tumpat

16 MAC

Pesta Pantai Tumpat
Pantai Sri Tujoh, Tumpat

7 APR

Pertandingan Seni Suara Burung
Ketitir Antarabangsa Kelantan
Lubok Jong, Pasir Mas

27 – 30 APR

Karnival Seni Budaya & Festival Batik, Songket dan Kraf
Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

3 5 MEI

Walkaton D'Raja Kelantan 2012 Kota Bharu

5 MEI


Jamboree Volkswagen 2012

Dataran Lembah Sireh

3 – 16 JUN


Pesta Pantai Bachok

Pantai Irama, Bachok

5 – 9 JUN


Pesta Wau Antarabangsa Kelantan

Pantai Geting, Tumpat

15 – 21 JUN


Ekspo Perdagangan Dunia Islam & Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham

Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV


16 JUN

Pesta Joran Bachok
Pantai Irama, Bachok

9 OGOS

Qiam With ME
Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kelantan

1 – 3 SEP

Festival Makanan
dan Buah-Buahan Antarabangsa Kelantan
Dataran Cintawangsa, Kuala Krai

8 SEP

Pertandingan Ayam Serama ASEAN
Pasar Minggu Kraf dan Flora, Pengkalan Chepa

6 – 9 OKT


Anugerah Bintang Seni

Gelanggang Seni

1 NOV  6 DIS

Ekspo MAIK  2012
Istana Negeri,
Kubang Kerian

13  15 DIS

Kelantan Photo Challenge 2012
Kg. Kraftangan,
Kota Bharu

SUMBER DISINI

Monday 22 October 2012

Permainan Tradisional Kelantan

Wau Bulan

Permainan wau sebagai salah satu permainan tradisional di Kelantan.Permainan ini biasanya dimainkan selepas musim menuai.Terdapat banyak jenis wau seperti wau jala budi,wau kucing,wau merak,wau bulan dan lain-lain lagi.Ianya boleh di dapati sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan.



Gasing





Terdapat dua jenis gasing yang biasanya dimainkan oleh masyarakat Kelantan iaitu Gasing Uri dan Gasing Pangkah.Gasing Uri dibuat daripada logam timah dan kayu merbau.Paksinya dibuat daripada besi dan kepalanya dibuat daripada tanduk kerbau supaya gasing itu lebih cantik.Manakala Gasing Pangkah pula diperbuat fari kayu keranji.Perusahaan ini terdapat di Kampung Ana Jal Besar,Tumpat,Kampung Gertak Kechupu,Kota Bharu dan Kampung Kubang Telaga,Bachok.



Kertok




Permainan Kertok dahulunya digunakan oleh penanam padi bagi tujuan menghalau burung pada musim padi masak.Kertok diperbuat dari kayu Merbau atau Nibong yang dilubangkan ditengah-tengahnya dan diisi pula dengan tempurung kelapa.Kertok dimainkan dimajlis-majlis keramaian atau majlis rasmi menyambut Pembesar Negeri.Ia boleh dimainkan oleh dua orang atau berkumpulan.Paluan kertok juga mempunyai lagu-lagu tertentu seperti Ropok,Ajol,Kuncah Manis dan lain-lain.Perusahaan ini terdapat di Kampung Petani,Sering,Kota Bharu dan Kampung Gelang Mas,Pasir Mas.



Rebana Ubi 




Merupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Kelantan.Cara permainannya ialah setiap rebana ubi akan dipukul oleh dua orang dan boleh dimainkan secara paluan atau dipukul dengan tangan.Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Petani,Sering,Kampung Bonggol,Gelang Mas,Kampung Paloh dan Palekbang.



Wayang Kulit





Wayang Kulit merupakan sejenis permainan tradisi masyarakat Kelantan,biasanya diadakan di bangsal atau panggung lengkap dengan kumpulan muzik serta patung-patung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak.Tok Dalang merupakan orang yang melakonkan atau menggerakkan patung-patung wayang kulit mengikut kisah cerita yang hendak dipertunjukkan.Kisah cerita dalam permainan wayang kulit asalnya dari epik Hindu tetapi kini telah diubahsuai dengan kebudayaan melayu tempatan.Perusaan ini boleh didapati di Kampung Kemasin,Bachok,Kampung Pasir Chetok,Pasir Mas,Kampung Laut,Tumpat,Kampung Setek,Kota Bharu dan Kampung Sri Tanjong,Tumpat.


Sepak Bulu Ayam




Permainan ini dimainkan dengan membuat bulatan dan biasanya pemain akan menggunakan kaki,buku lali dan kepala untuk bermain serta mengagihkan-agihkan kepada pemain yang lain dalam bulatan.




Seni Silat Tari




Seni mempertahankan diri bagi masyarakat melayuwarisan paling berharga yang mana persembahanya diwarnai dengan kepelbagaian seni dan bunga tarinya.Perkatan silat itu sendiri menunjukan kesinambungan seni mempertahankan diri dengan ketangkasan dan kelembutan dalam pergerakkan silat yang biasanya,dipersembahkan dalam majlis keramaian dan diiringi oleh paluan gendang tradisional dan keunikan alunan tiupan serunai.



Congkak



Dipercayai bermula dari perkataan 'congkak' yang bermaksud pengiraan menggunakan minda.Congkak mempunyai 14 lubang dan dibahagi kepada dua bahagian menjadi tujuh setiap bahagian dan ditambah satu lubang yang besar dikenali sebagai kampung untuk dua orang pemain. 


Pusat Membeli Belah

Rantau Panjang




Merupakan tempat terkenal sebagai kawasan bebas cukai yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand yang terpisah dengan Sungai Golok.Rantau Panjang terletak kira-kira 40km dari Kota Bharu.Kepelbagaian produk seperti pinggan-mangkuk,makanan,pakaian,kelengkapan rumah dan sebagainya boleh didapati dengan harga murah.Kompleks membeli belah ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

Pengkalan Kubor




Pengkalan Kubor dikenali sebagai pusat membeli-belah dan merupakan kawasan bebas cukai yanag terletak di sempadan Malaysia-Thailand.Kawasan ini terletak kira-kira 35km dari Kota Bharu.Ianya sentiasa menarik perhatian pengunjung tempatan dan juga pengunjung luar.


Pasar Besar Siti Khadijah





Pasar Siti Khadijah merupakan tempat menjual pelbagai jenis makanan termasuklah barangan keperluan harian.Pasar ini beroperasi seawal 7.00 pagi hingga 6.00 petang.Keunikan pasar ini ialah pemandangan dalam pasar yang boleh dilihat dari tingkat 3 iaitu para penjual dimonopoli oleh golongan wanita.Pasar ini dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad s.a.w.Pasar ini berbentuk heksagon.Kedudukan yang strategik di pusat Bandar Kota Bharu memudahkan para pengunjung untuk bertandang.


Bazar Buluh Kubu




Merupakan bazar yang terkenal sebagai pusat jualan batik dengan kepelbagaian corak dan berkualiti tinggi serta penjualan songket dan barangan kraftangan dengan harga yang berpatutan.Bazar ini terletak bersebelahan dengan dengan Pasar Siti Khadijah dan Istana Balai Besar.Konsep bazar ini ialah pasar terbuka di mana penghujung dapat membeli barangan dengan harga yang berpatutan.


Bukit Bunga





Bukit Bunga merupakan kampung yanag bersempadan dengan Malaysia-Thailan.Bukit Bunga terletak 30km dari Tanah Merah sekiranya melalui Lebuhraya Timur Barat.Deretan kedai yanag menawarkan pelbagai barangan dengan harga yanag berpatutan pasti menggamit naluri pelancong untuk membeli-belah.Ianya beroperasi dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam.


Bazar Tok Guru




Bazar Tok Guru adalah sebuah bazar yang baru siap dibina dan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelanatan pada Julai 2011.Bazar ini antara lokasi pusat membeli belah di tengah-tengah Bandar Kota Bharu.Selain menjual pelbagai aneka pakaian siap,batik dan songket,makanan tempatan seperti keropok dan dodol juga ada dijual di sini.Setiap pengunjung yang biasa bertandang ke Kelantan sudah pasti mengenali Bazar Tok Guru kerana kedudukannya yang berhampiran Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.


KB Bazar




KB Bazar merupakan lokasi perniagaan yang baru di Kota Bharu.KB Bazar terletak dilokasi perniagaan yang strategik.Ianya terletak di Jalan Hamzah,bersebelahan KB Mall.Antara barangan yang ditawarkan termasuklah batik,barangan perak,perabot rumah,pakaian dan barangan antik yang dihasilkan sendiri oleh rakyat Kelantan.


Wakaf Che Yeh




Ia adalah merupakan pasar malam terbesar di Pantai Timur.Uniknya lokasi ini kerana ia beroperasi dari siang hinggalah ke malam malah hingga ke lewat pagi.Barang-barang yang dijual di sini terdiri daripada barangan tempatan dan diimport dari Thailand seperti pakaian,barangan perhiasan dan keperluan harian serta makanan.





Tempat-tempat kraf tangan

"KRAF"

PERUSAHAAN BATIK



Negeri Kelantan kaya dengan hasil seni batik kerana batik merupakan pakaian tradisi bagi penduduk Kelantan. Tempat yang terkenal dengan perusahaan membuat batik antaranya yang dijalankan di Kampung Kota, Kampung Puteh dan Kampung Badang di Kota Bharu. Pengunjung boleh melawat kilang menghasilkan batik dan melihat sendiri keseluruhan proses penghasilan batik.


SONGKET




Songket merupakan pakaian tradisional melayu yang sentiasa dibanggakan oleh penduduk Kelantan. Songket diberi jolokan sebagai "Cloth of Gold". Selalunya pakaian songket ini dikhaskan untuk pihak diraja sahaja. Namun kini ia sudah biasa digunakan oleh orang ramai dalam melangsungkan perkahwinan atau menyambut sebarang perayaan. Industri tenunan songket boleh didapati di sekitar Kampung Penambang, Kota Bharu.


PERAK




Produk perak terkenal di Kelantan kerana keunikan ukiran dengan kehalusan seni serta rekabentuk yang menarik. Produk yang dihasilkan seperti mangkuk buah, set minuman, bekas habuk rokok, kerongsang, rantai atau gelang pelbagai hiasan diri untuk lelaki dan wanita. Perusahaan terdapat di Kampung Sireh, Kota Bharu dan Kampung Morak, Tumpat.


UKIRAN KAYU




Kraf tradisional yang dihasilkan daripada kayu yang berkualiti tinggi ialah cengal, jati dan merbau yang mana sering digunakan untuk membuat bot dan perabot. Motif ukiran kayu biasanya berdasarkan tenpat kraf itu digunakan. Motif kaligrafi kebanyakannya digunakan di masjid dan motif alam sekitar dibangunan istana dan golongan bangsawan. Semakin cantik dan menarik ukiran itu, semakin tinggi golongan masyarakat yang menggunakannya. Seni ukiran kayu ini begitu aktif dihasilkan di Kelantan terutamanya di sekitar Tumpat.


BULUH




Perusahaan membuat peralatan berasaskan buluh boleh di dapati di Kampung Tok Oh seperti bakul, perhiasan dinding, tikar dan sebagainya. Ia amat popular dan mendapat tempahan dari seluruh negeri di Malaysia. Ianya diusahakan oleh kaum wanita yang tinggal di sekitar Kampung Tok Oh, Kampung Ana, Kampung Padang Mandol dan Kmapung Jal Besar, Tumpat.


ROTAN




Rotan digunakan untuk menghasilkan perabot dan bakul. Rotan boleh dijadikan sebagai kayu untuk membuat perabot apabila dipotong mengikut bahagian-bahagian tertentu. Rotan boleh diserikan dengan pelbagai warna dan boleh dibentuk dengan pelbagai rupa. Tambahan pula, bahagian luar rotan juga boleh menghasilkan anyaman. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.


TEMBIKAR


Tembikar merupakan salah satu kraftangan yang dihasilkan melalui tanah liat. Terdapat dua tempat perusahaan yang terkenal di Kelantan iaitu, di Kampung Sribong, Kota Bharu dan Kampung Mambong, Kuala Krai. Produk ini dihasilkan daripada tanah liat yang berkualiti untuk menjaga ketahanan dan kehalusan barangan tersebut.


PERTUKANGAN BESI























Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir
Mas terkenal dengan pertukangan menempah senjata tradisional seperti keris, parang, pedang, badik dan sebagainya. Ianya mendapat tempahan seluruh negeri di Malaysia. Perusahaan tradisional ini merupakan warisan turun temurun.







Tanah Tinggi Lojing


Lojing merupakan kawasan tanah tinggi di negeri Kelantan. Ketinggian puncak Lojing adalah 2,000 meter dari aras laut, berbanding dengan ketinggian Cameron Highland setinggi 1,500 meter dengan suhu antara 18 0C hingga 25 OC. Lojing bersempadan dengan Pahang, berhampiran Cameron Highland. Tanah tinggi Lojing boleh dihubungi melalui lebuh raya Simpang Pulai (Berhampiran Ipoh) - Kampung Raja (Berhampiran Cameron Highland) - Gua Musang (Di Kelantan). Kawasan Lojing terletak betul-betul di Sempadan Pahang dan terletak kira-kira 120 km dari Gua Musang. Kawasan penempatan Lojing yang asal adalah satu kawasan lembah yang di kelilingi oleh gunung-ganang. Lojing dipercayai berasal daripada perkataan Lodging. Perkataan Inggeris ynag bermakna logde, accommodation, rooms, place to stay or quarters. Mungkin berkaitan dengan penempatan orang asli. Asalnya, Lojing hanyalah satu penempatan orang asli iaitu di Pos Hendrop, Pos Tuel, Pos Sendrop dan Pos Brooke. Kemudian, telah dijadikan tanaman tanah tinggi yang dibina di sini.

Lojing terkenal dengan kawasan pertanian dan berpotensi untuk dijadikan pusat agro-tourism untuk pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan tanah tinggi yang cantik dengan persekitaran semulajadi yang masih terpelihara serta lokasi yang strategi. Selain itu, sejenis bunga "reflesia" yang kedua terbesar di dunia telah dijumpai di sini. Lojing merupakan satu kawasan kedamaian untuk dilawati oleh sesiapa yang inginkan kawasan yang dingin yang jauh dari kesibukan kota.

                                     


Tuesday 16 October 2012

Masjid-masjid di Kelantan

Masjid Langgar



Kemegahan istana-mempunyai elemen ukiran kayu,masjid ini telah dibina pada abad ke-19 dan masih digunakan lagi di negeri ini.Ia dikatakan telah dibina pada tahun 1874 dan pada tahun 1987 sebuah bangunanbaru telah dibina diatas tapak yang sama.Menara Pulau Chondong di Machang merupakan salah satu masjid bersejarah yang dibina pada tahun 1856.


Masjid Kampung Laut



Masjid Kg.Laut merupakan masjid tertua yang dibina semenjak 300 tahun yang lalu.Ia dibina oleh sekumpulan pendakwah dan keluarga diraja Jawa.Masjid ini telah dipindahkan dari tempat asal disebabkan oleh banjir besar yang melanda pada tahun 1966.Sekarang ia terletak di Pusat Pengajian Tinggi Nilam Puri dan masih lagi mengekalkan reka bentuk yang asal.

Masjid Negeri Al-Muhammadi




Salah satu lambang kemegahan di dalam bandar ini yang mempunyai ciri-ciri gerbang yang anggun dan warna keemasan.Nama masjid Al-Muhammadi sebagai satu penghormatan Almarhum Sultan Muhammad ke IV di atas sumbangan dan jasa terhadap negeri ini.Bangunan ini telah dibina bermula pada tahun 1925 semasa pemerintahan Sultan Ismail.Pada abad ke-18.Masjid ini merupakan pusat penyebaran dakwah slamiah oleh tokoh ulamak tersohor seperti Tuan Taba dan Tok Kenali yang telah mengajar di sini.Setelah menamatkan pembelajaran di masjid ini,pelajar akan menyambung pelajaran di Mekah.Pada hari ini,masjid ini telah dijadikan masjid rasmi untuk aktiviti keagamaan seperti majlis berbuka puasa bersama Sultan Kelantan.

Masjid Beijing




Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra dan merupakan masjid pertama berkonsepkan cina di negeri ini.Ia mempunyai reka bentuk yang unik yang menggabungkan arkitek cina dan islam yang menyamai masjid Neujie di Beijing yang berusia lebih 1000 tahun.Ciri-ciri masjid ini menyentuh konsep kaum India dan Uzbekistan yang mana turut dimasukkan ke dalam reka bentuk dalaman masjid ini.Selain itu,,masjid ini mempunyai dua tingkat utama,bahagian pertama terletak di bahagian bawah masjid dengan adanya kemudahan seperti dewan,perpustakaan,taman permainan kanak-kanak dan bazaar.Sementara tingkat kedua merupakan dewan solat utama dan bilik VIP.









Tempat-tempat Peranginan

TOK BALI

Pantai Tok Bali ialah sebuah pantai yang terletak di Kelantan, Malaysia.
Dua replika bot nelayan sebagai mercu tanda dibina berhampiran jambatan iaitu sebuah di tapak lokasi di tengah-tengah jalan simpang dari arah Kota Bharu-Pasir Puteh dan sebuah lagi di kepala jambatan di tepi kanan jalan dari arah Terengganu.


Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri.
Pengunjung pasti teruja ketika di tepian pantai dengan pasir yang putih bersih sambil melihat nelayan pantai memunggah pelbagai spesies ikan dari bot kecil mereka.

Kewujudan rumah kampung di celah-celah pepohon kelapa dan deretan rumah teres di Tok Bali dengan sebahagian nelayan masih menggunakan bot kecil menunjukkan ia kekal perkampungan tradisional selain bercirikan kemodenan.

PANTAI IRAMA BACHOK


Lokasinya terletak di pinggir Bandar Bachok. Banyak kemudahan yang disediakan di kawasan ini seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.

Kemasyhuran Pantai Irama Bachok sudah tidak asing lagi bagi penduduk Bachok dan penduduk di Kelantan amnya. Pantai Irama Bachok seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian yang lain.











Tempat-tempat menarik

MUZIUM NEGERI


 

Dikenali sebagai pusat kebudayaan yang dipenuhi oleh persembahan warisan kebudayaan negeri kelantan.persembahan tersebut diwarnai oleh pelbagai persembahan tradisional seperti wayang kulit,seni silat tari,permainan gasing,demo buat wau dan persembahan muzik. Muzium ini terletak berdekatan dengan menara jam atau pusingan Tuan Padang di Kota Bharu.muzium ini memaparkan kepelbagaian gambar dan artifak yangDikenali sebagai pusat kebudayaan yang dipenuhi oleh persembahan warisan kebudayaan negeri kelantan.persembahan tersebut diwarnai oleh pelbagai persembahan tradisional seperti wayang kulit,seni silat tari,permainan gasing,demo buat wau dan persembahan muzik.
mencoretkan sejarah negeri kelantan.



MUZIUM PERANG




Menyimpan pelbagai simbol memori penjajahan jepun dan menyimpan dokumen yang merekodkan sejarah perang dunia ke-2.


ISTANA JAHAR




Merupakan sebuah muzium tradisional dan kebudayaan diraja Kelantan yang dibina pada tahun 1887.Ia memaparkan koleksi pakaian dan amalan tradisi diraja Kelantan pada suatu ketika dahulu untuk tatapan umum.


ISTANA BATU




Merupakan muzium diraja yang memaparkan barang- barang,gambar-gambar,salasilah diraja Kelantan.


KOTA SULTAN ISMAIL PETRA

Merupakan simbol negeri kelantan yang terkenal sehingga ke hari ini.Terdapat beberapa monumen dan bangunan bersejarah yang berdekatan dengan kota sultan ismail petra seperti pintu gerbang besar dan balai besar yang mempunyai kisahnya tersendiri.




KAMPUNG KRAFTANGAN


kampung kraftangan ini daripada elemen kayu,ia digunakan sebagai pusat perniagaan untuk menjual songket,batik,barangan perak dan seni kraftangan yang mempunyai nilai estetika yang tinggi yang mana akan menarik perhatian pelancong.


GELANGGANG SENI


Dikenali sebagai pusat kebudayaan yang dipenuhi oleh persembahan warisan kebudayaan negeri kelantan.persembahan tersebut diwarnai oleh pelbagai persembahan tradisional seperti wayang kulit,seni silat tari,permainan gasing,demo buat wau dan persembahan muzik.



Sunday 14 October 2012

Kelantan kaya dengan pelbagai makanan


JIKA tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, negeri Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi.

Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.


Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, puteri mandi,butir nangka, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macammacam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis   sekali.   

Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenangkenang keenakan makanan itu.