Translate This Blog

Monday 22 October 2012

Permainan Tradisional Kelantan

Wau Bulan

Permainan wau sebagai salah satu permainan tradisional di Kelantan.Permainan ini biasanya dimainkan selepas musim menuai.Terdapat banyak jenis wau seperti wau jala budi,wau kucing,wau merak,wau bulan dan lain-lain lagi.Ianya boleh di dapati sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan.



Gasing





Terdapat dua jenis gasing yang biasanya dimainkan oleh masyarakat Kelantan iaitu Gasing Uri dan Gasing Pangkah.Gasing Uri dibuat daripada logam timah dan kayu merbau.Paksinya dibuat daripada besi dan kepalanya dibuat daripada tanduk kerbau supaya gasing itu lebih cantik.Manakala Gasing Pangkah pula diperbuat fari kayu keranji.Perusahaan ini terdapat di Kampung Ana Jal Besar,Tumpat,Kampung Gertak Kechupu,Kota Bharu dan Kampung Kubang Telaga,Bachok.



Kertok




Permainan Kertok dahulunya digunakan oleh penanam padi bagi tujuan menghalau burung pada musim padi masak.Kertok diperbuat dari kayu Merbau atau Nibong yang dilubangkan ditengah-tengahnya dan diisi pula dengan tempurung kelapa.Kertok dimainkan dimajlis-majlis keramaian atau majlis rasmi menyambut Pembesar Negeri.Ia boleh dimainkan oleh dua orang atau berkumpulan.Paluan kertok juga mempunyai lagu-lagu tertentu seperti Ropok,Ajol,Kuncah Manis dan lain-lain.Perusahaan ini terdapat di Kampung Petani,Sering,Kota Bharu dan Kampung Gelang Mas,Pasir Mas.



Rebana Ubi 




Merupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Kelantan.Cara permainannya ialah setiap rebana ubi akan dipukul oleh dua orang dan boleh dimainkan secara paluan atau dipukul dengan tangan.Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Petani,Sering,Kampung Bonggol,Gelang Mas,Kampung Paloh dan Palekbang.



Wayang Kulit





Wayang Kulit merupakan sejenis permainan tradisi masyarakat Kelantan,biasanya diadakan di bangsal atau panggung lengkap dengan kumpulan muzik serta patung-patung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak.Tok Dalang merupakan orang yang melakonkan atau menggerakkan patung-patung wayang kulit mengikut kisah cerita yang hendak dipertunjukkan.Kisah cerita dalam permainan wayang kulit asalnya dari epik Hindu tetapi kini telah diubahsuai dengan kebudayaan melayu tempatan.Perusaan ini boleh didapati di Kampung Kemasin,Bachok,Kampung Pasir Chetok,Pasir Mas,Kampung Laut,Tumpat,Kampung Setek,Kota Bharu dan Kampung Sri Tanjong,Tumpat.


Sepak Bulu Ayam




Permainan ini dimainkan dengan membuat bulatan dan biasanya pemain akan menggunakan kaki,buku lali dan kepala untuk bermain serta mengagihkan-agihkan kepada pemain yang lain dalam bulatan.




Seni Silat Tari




Seni mempertahankan diri bagi masyarakat melayuwarisan paling berharga yang mana persembahanya diwarnai dengan kepelbagaian seni dan bunga tarinya.Perkatan silat itu sendiri menunjukan kesinambungan seni mempertahankan diri dengan ketangkasan dan kelembutan dalam pergerakkan silat yang biasanya,dipersembahkan dalam majlis keramaian dan diiringi oleh paluan gendang tradisional dan keunikan alunan tiupan serunai.



Congkak



Dipercayai bermula dari perkataan 'congkak' yang bermaksud pengiraan menggunakan minda.Congkak mempunyai 14 lubang dan dibahagi kepada dua bahagian menjadi tujuh setiap bahagian dan ditambah satu lubang yang besar dikenali sebagai kampung untuk dua orang pemain. 


No comments:

Post a Comment