Translate This Blog

Monday 22 October 2012

Tanah Tinggi Lojing


Lojing merupakan kawasan tanah tinggi di negeri Kelantan. Ketinggian puncak Lojing adalah 2,000 meter dari aras laut, berbanding dengan ketinggian Cameron Highland setinggi 1,500 meter dengan suhu antara 18 0C hingga 25 OC. Lojing bersempadan dengan Pahang, berhampiran Cameron Highland. Tanah tinggi Lojing boleh dihubungi melalui lebuh raya Simpang Pulai (Berhampiran Ipoh) - Kampung Raja (Berhampiran Cameron Highland) - Gua Musang (Di Kelantan). Kawasan Lojing terletak betul-betul di Sempadan Pahang dan terletak kira-kira 120 km dari Gua Musang. Kawasan penempatan Lojing yang asal adalah satu kawasan lembah yang di kelilingi oleh gunung-ganang. Lojing dipercayai berasal daripada perkataan Lodging. Perkataan Inggeris ynag bermakna logde, accommodation, rooms, place to stay or quarters. Mungkin berkaitan dengan penempatan orang asli. Asalnya, Lojing hanyalah satu penempatan orang asli iaitu di Pos Hendrop, Pos Tuel, Pos Sendrop dan Pos Brooke. Kemudian, telah dijadikan tanaman tanah tinggi yang dibina di sini.

Lojing terkenal dengan kawasan pertanian dan berpotensi untuk dijadikan pusat agro-tourism untuk pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan tanah tinggi yang cantik dengan persekitaran semulajadi yang masih terpelihara serta lokasi yang strategi. Selain itu, sejenis bunga "reflesia" yang kedua terbesar di dunia telah dijumpai di sini. Lojing merupakan satu kawasan kedamaian untuk dilawati oleh sesiapa yang inginkan kawasan yang dingin yang jauh dari kesibukan kota.

                                     


No comments:

Post a Comment