Translate This Blog

Sunday 14 October 2012

Tempat-tempat menarik dikelantan

"AIR TERJUN"
JERAM LINANG






 





Jeram linang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur air terjun yang terkenal di Kelantan.Jeram linang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang.Air terjun Jeram Linang setinggi 12 meter sering menjadi tumpuan untuk lokasi perkelahan. Jeram Linang terletak kira-kira 65 km daripada Kota Bharu, 15 km dari Machang (melalui jalan Machang - Wakaf Linchong) dan 10 km dari Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh-Machang). Ia merupakan destinasi yang ideal untuk berkelah,berehat,berkhemah serta sesuai untuk aktiviti merentas hutan.



JERAM PASU




Terletak di Kampung Padang Pak Amat dan boleh dikunjungi secara berkenderaan sehingga ke destinasi.Ia merupakan kunjungan orang ramai ke air terjun yang paling popular. Airnya yang jernih, sejuk serta nyaman pastinya akan menggembirakan dan memuaskan hati setiap pengunjung.


LATA REK





Lata Rek merupakan salah satu air terjun yang menjadi tarikan di Kelantan. Ia merupakan air terjun dengan ketinggiannya tidak lebih dari 20 meter panjang. Terletak 27 km dari Kuala Krai melalui jalan Persekutuan Kuala Krai - Gua Musang. Ia juga merupakan salah satu tarikan rekraasi yang popular di Kuala Krai. Lata Rek digemari oleh pengunjung kerana kedalaman air yang cetak dan bersih sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. Kemudahan asas juga tersedia untuk keselesaan para pengunjung.

LATA BERINGIN



Lata Beringin terkenal dengan ketinggian air terjunnya iaitu setinggi 120 meter.Terletak di Sungai Pas dan boleh dikunjungi melalui laluan lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang. Keindahan pemandangan dan kawasan sekeliling yang menarik di sini menyebabkan ianya popular untuk tujuan berkhemah. Lokasi sebenarnya terletak di Gua Ikan dan nama Gua Ikan diperolehi ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan.


AIR TERJUN KUALA KOH





Terletak kira-kira 290 km dari Kuala Lumpur, 185 km dari Kota Bharu dan 90 km dari Gua Musang. Hutan tropikal di sini kaya dengan flora dan fauna, sesuai untuk aktiviti berkayak, mengayuh rakit, fotografi, memancing dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Jabatan Perhilitan dan Taman Negara di Kuala Koh. Selain itu, sebuah jambatan gantung telah siap dibina berhampiran Kuala Koh memberi peluang kepada para pengunjungnya untuk menyaksikan keajaiban hutan hujan tropikal yang menyimpan sejuta rahsia.


AIR TERJUN JELAWANG





Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan yang kaya dengan khazanah alam dan hidupan liar. Ketinggiannya ialah 1433 meter, menempatkan Air Terjun Jelawang dengan ketinggian 305 meter yang tertinggi di Asia Tenggara.



TASIK PERGAU






Adalah destinasi terbaik yang berkonsepkan 'back to nature' dengan keluasan 54 km persegi. Tasik Pergau yang terkenal dengan projek hidroelektrik ini amat sesuai untuk aktiviti merentas hutan, berkayak dan berkhemah. Ianya terletak berhampiran Lebuhraya Grik-Jeli, kira-kira 18 km dari Bandar Jeli. Tarikan unik yang terdapat di sini ialah chalet-chalet terapumg.



MATA AIR PANAS, LABOK

Kolam air panas ini terletak di Kampung Rengas, Labok lebih kurang 20 kilometer dari Machang. Terletak berhampiran dengan jalan negeri Tok Bok ke Selising, Pasir Puteh. Tahap kepanasannya amat tinggi dan berbeza dengan kolam-kolam air panas lain yang terdapat di negeri Kelantan. Kawasannya dikelilingi kehijauan pokok-pokok dan sawah padi.

No comments:

Post a Comment