Translate This Blog

Monday 22 October 2012

Tempat-tempat kraf tangan

"KRAF"

PERUSAHAAN BATIK



Negeri Kelantan kaya dengan hasil seni batik kerana batik merupakan pakaian tradisi bagi penduduk Kelantan. Tempat yang terkenal dengan perusahaan membuat batik antaranya yang dijalankan di Kampung Kota, Kampung Puteh dan Kampung Badang di Kota Bharu. Pengunjung boleh melawat kilang menghasilkan batik dan melihat sendiri keseluruhan proses penghasilan batik.


SONGKET




Songket merupakan pakaian tradisional melayu yang sentiasa dibanggakan oleh penduduk Kelantan. Songket diberi jolokan sebagai "Cloth of Gold". Selalunya pakaian songket ini dikhaskan untuk pihak diraja sahaja. Namun kini ia sudah biasa digunakan oleh orang ramai dalam melangsungkan perkahwinan atau menyambut sebarang perayaan. Industri tenunan songket boleh didapati di sekitar Kampung Penambang, Kota Bharu.


PERAK




Produk perak terkenal di Kelantan kerana keunikan ukiran dengan kehalusan seni serta rekabentuk yang menarik. Produk yang dihasilkan seperti mangkuk buah, set minuman, bekas habuk rokok, kerongsang, rantai atau gelang pelbagai hiasan diri untuk lelaki dan wanita. Perusahaan terdapat di Kampung Sireh, Kota Bharu dan Kampung Morak, Tumpat.


UKIRAN KAYU




Kraf tradisional yang dihasilkan daripada kayu yang berkualiti tinggi ialah cengal, jati dan merbau yang mana sering digunakan untuk membuat bot dan perabot. Motif ukiran kayu biasanya berdasarkan tenpat kraf itu digunakan. Motif kaligrafi kebanyakannya digunakan di masjid dan motif alam sekitar dibangunan istana dan golongan bangsawan. Semakin cantik dan menarik ukiran itu, semakin tinggi golongan masyarakat yang menggunakannya. Seni ukiran kayu ini begitu aktif dihasilkan di Kelantan terutamanya di sekitar Tumpat.


BULUH




Perusahaan membuat peralatan berasaskan buluh boleh di dapati di Kampung Tok Oh seperti bakul, perhiasan dinding, tikar dan sebagainya. Ia amat popular dan mendapat tempahan dari seluruh negeri di Malaysia. Ianya diusahakan oleh kaum wanita yang tinggal di sekitar Kampung Tok Oh, Kampung Ana, Kampung Padang Mandol dan Kmapung Jal Besar, Tumpat.


ROTAN




Rotan digunakan untuk menghasilkan perabot dan bakul. Rotan boleh dijadikan sebagai kayu untuk membuat perabot apabila dipotong mengikut bahagian-bahagian tertentu. Rotan boleh diserikan dengan pelbagai warna dan boleh dibentuk dengan pelbagai rupa. Tambahan pula, bahagian luar rotan juga boleh menghasilkan anyaman. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.


TEMBIKAR


Tembikar merupakan salah satu kraftangan yang dihasilkan melalui tanah liat. Terdapat dua tempat perusahaan yang terkenal di Kelantan iaitu, di Kampung Sribong, Kota Bharu dan Kampung Mambong, Kuala Krai. Produk ini dihasilkan daripada tanah liat yang berkualiti untuk menjaga ketahanan dan kehalusan barangan tersebut.


PERTUKANGAN BESI























Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir
Mas terkenal dengan pertukangan menempah senjata tradisional seperti keris, parang, pedang, badik dan sebagainya. Ianya mendapat tempahan seluruh negeri di Malaysia. Perusahaan tradisional ini merupakan warisan turun temurun.







No comments:

Post a Comment